THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Perkhemahan "Raptor Watch"(12-14 Mac 2010)

Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan(15-17 Jun)

Aktiviti Pengkomposan(11 Ogos)

Friday, May 7, 2010

PERKHEMAHAN " RAPTOR WATCH " DI TANJUNG TUAN (12-14 Mac 2010)

Pada 12 hingga 14 Mac,Kelab Pencinta Alam (KPA) SMK Puteri telah menghantar 3 orang wakil pelajar untuk menyertai Perkhemahn "Raptor Watch" di Tanjung Tuan,Port Dickson.Mereka ialah Nura Ameerah bt Azman dan Aqilah Najihah bt Zahari.
Semasa kami sampai di tapak perkhemahan,hari sudah pun petang.Kami terus mendaftar nama kami sebagai peserta.Kemudian,fasilitator-fasilitator di sana telah memberi penerangan ringkas tentang spesies-spesies burung yang akan kami kaji.Seterusnya,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Selesai pembahagian kumpulan,kami telah makan malam.Pada malam itu,kami telah diterangkan tentang jenis -jenis planet dan galaksi sambil menikmati pemandangan pada waktu malam.
Pada keesokan harinya,kami telah mengadakan tarian poco-poco.Selepas itu,kami telah menikmati sarapan pagi.Kemudian kami telah mengadakan kerja berkumpulan.Kemudian kami telah pergi ke resort berhampiran bagi mengadakan jungle trekking.Kami telah diperkenalkan kepada beberapa jenis pokok di sana.Kemudian,kami telah mengadakan pertandingan berkumpulan.Setelah itu,kami pergi menikmati makan tengahari.Pada petang itu,kami telah mengadakan aktiviti yang ditunggu-tunggu.Kami telah ke persisiran pantai dan mengadakn pemerhatian penghijrahan burung.Pada malam itu,setelah selesai makan malam,kami telah mengadakan malam kebudayaan.Banyak persembahan yang menarik telah dipersembahkan oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing.
Pada hari yang terakhir,kami telah berkumpul bagi mengadakan majlis penutup.Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik telah diadakan.Penyampaian sijil kepada para peserta turut diadakan.Selesai majlis itu,kami telah mengambil gambar sebagai kenangan.Pada petang itu,semua para peserta pulang ke sekolah masing-masing.

LAPORAN AKTIVITI KPA 2010(17 MAC )

Pada mesyuarat Kelab Pencinta Alam(KPA) pertama bagi tahun 2010,ahli-ahli KPA telah bermesyuarat bagi memutuskan akitiviti-aktiviti bagi tahun 2010.Antara cadangan-cadangan yang diterima ialah :

  • Mengadakan ' Treasure Hunt '
  • Mengadakan lawatan ke FRIM
  • Mengadakan lawatan ke Gunung Datuk
  • Membuat T-Shirt KPA 2010
  • Mengadakan Pemerhatian Penghijrahan Helang di Tanjung Tuan

Selain itu,kami juga telah mengadakan pemilihan AJK Tingkatan 1 bagi tahun 2010.Hasilnya Nur Farah Haziqah dari Kelas 1 Zeta telah dipilih untuk menjadi AJK Tingkatan 1.Kami juga telah memutuskan aktiviti yang akan diadakan bagi perjumpaan yang seterusnya.

Sunday, September 6, 2009

LAPORAN KESELURUHAN AKTIVITI 2009

Laporan Keseluruhan KPA 2009
  • Februari : Aktiviti Wira Alam.
  • Mac : Pertandingan melukis dan mewarna bertemakan alam sekitar serta Program Kitar Semula.
  • April : Aktiviti Wira Alam,Lawatan sehari,melabel nama saintifik tumbuhan dan menghasilkan buku skrap.
  • Jun : Melabel nama saintifik tumbuhan,Perkhemahan dan Ceramah atau tayanagan tentang kesedaran menjaga alam sekitar.
  • Julai : Program Kitar Semula.
  • Ogos : Program pengkomposan.

Saturday, September 5, 2009

LAPORAN AKTIVITI KPA(2009)

Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru Sesi 09/10
  • Tempat:Kelas 4 Gamma
  • Tarikh:12 Ogos 2009
  • Masa:3.00 pm-4.00 pm
  • Guru yang hadir : Puan Isarimah dan Encik Jaafar Abdullah
  • Perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:

Pengerusi:Nur Fasyareena Sharuddin

N.Pengerusi:Nadzirah Azawawi

Setiausaha:Nurfazila Hanim Kasim
N.Setiausaha:Raja Nor Ashikin Raja Rahaizat
Bendahari:Nurul Atiqah Yacob
N.Bendahari:Muzni Fareen Eflia

AJK Ting :

5:Nur Fatin Syahirah Mohd Amin

4:Syahirah Abd Hamid

3:Siti Nor Atiqah Mohd Noor

2:Chew Hui Linn
  • Beberapa aktiviti telah dicadangkan oleh ahli kelab untuk dijalankan sepanjang tahun.
Antaranya ialah:
:Kitar semula
:Permainan alam
:Perkhemahan(Endau Rompin,Zon Selatan(Kukup),Zon Tengah(FRIM)
:Pengkomposan baja
:Projek penanaman pokok
:Lawatan(Lata Iskandar,Jeram Toi,Sungai Keladi)
:Minggu pemerhatian Helang Kebangsaan

LAPORAN AKTIVITI KPA (2009)

Laporan Program Pengkomposan di Majlis Pembandaran Seremban(11 Ogos 09)
Pada 11 Ogos 2009,beberapa ahli KPA SMK Puteri telah menyertai Program Pengkomposan anjuran Majlis Pembandaran Seremban bersama seorang guru pengiring iaitu Puan Isarimah.
Setelah sampai disana,kami telah mendaftarkan diri.Kemudian kami mendengar taklimat daripada wakil MPS tentang cara pengkomposan.Selepas itu,kami telah dibawa ke tempat dimana kami akan mencuba sendiri mengkompos bahan organik.Setelah mendengar arahan,kami telah melakukan pengkomposan itu.Malah,Puan Isarimah turut giat membantu kami.
Apabila kami selesai melakukan pengkomposan itu,kami dijemput makan tengahari dan kemudian majlis penyampaian sijil telah diadakan.Menerusi program itu,kami dapat mempelajari kemahiran baru yang amat berguna sekali.Kami juga ingin mencadangkan supaya pengkomposan ini dijalankan di sekolah kami.

LAPORAN AKIVITI KPA(2009)

Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan di Hutan Simpan Endau Rompin(15-17 Jun 09)

Pada 15 hingga 17 jun 2009,Kelab Pencinta Alam(KPA) Sek. Men. Keb. Puteri telah menghantar 4 ahli KPA dan seorang guru pengiring untuk menyertai Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan di Hutan Simpan Endau-Rompin anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia.Para pelajar yang mengikuti perkhemahan tersebut ialah Nurfazila Hanim Kasim,Nurul Atiqah Yacob,Nur Huda dan Nur Fasyareena Sharuddin.Kami telah diiringi oleh Encik Jaafar Bin Abdullah.Perkhemahan itu telah diikuti oleh wakil-wakil dari Negeri Sembilan,Johor dan Melaka.

Pada 15 Jun,kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 12.30 tengahari.Kami telah sampai disana pada kira-kira pukul 3.30 petang.Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki kereta berpacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang pengiring kami kerana untuk masuk ke hutan,kami harus melalui jalan yang sempit dan lasak.Sesudah kami sampai di tempat perkhemahan,kami telah mendaftarkan diri kami dan kami telah mendirikan khemah kami ditapak perkhemahan masing-masing.Kemudian,kami diminta berkumpul bersama wakil-wakil dari negeri lain untuk mendengar taklimat daripada ketua pengiring perkhemahan tersebut dan kami juga telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kemudian, kami diminta bersurai.Pada malam itu,selepas makan malam,kami diminta untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan menjawab kuiz berkaitan alam semula jadi bersama-sama.Setelah itu,kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti pada malam itu dimana kami akan memasuki hutan dalam setiap kumpulan.Sepanjang aktiviti itu,kami telah dapat mempelajari tentang jenis-jenis haiwan dan tumbuhan yang terdapat pada waktu malam.Pada pukul 11.45, kami telah selesai melakukan aktiviti tersebut dan kami dibenarkan untuk masuk tidur atau solat Ishak.

Keesokan harinya iaitu pada 16 Jun,kami telah bersenam dengan iringan muzik dalam kumpulan masing-masing.Selepas itu,kami bersarapan dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu 'jungle-trekking'.Kemudian,kami telah masuk ke hutan.Perjalan untuk sampai ke air terjun didalam hutan itu mengambil masa kira-kira 2 jam lebih.Kami telah berehat di situ sambil menikmati permandangan yang indah.Setelah itu,kami memulakn perjalan kami untuk balik ke tapak perkhemahan.Walaupun perjalanan tersebut amat lasak dan memenatkan,kami telah dapat lebih mengenali spesies-spesies tumbuhan dan haiwan serta memupuk nilai kerjasama antara ahli kumpulan.Sampai sahaja di tapak perkhemahan,kami telah dibenarkan berehat dan membersihkan diri.Selepas itu,kami diminta untuk berkumpul dan kami telah dikehendaki untuk membuat persembahan berkumpulan pada malam itu.Pada petang itu,kami telah berlatih melakukan persembahan kami mengikut kumpulan masing-masing.Kemudian,kami telah diminta berkumpul bagi menjalani aktiviti yang berikutnya iaitu aktiviti menyumpit.Melalui aktiviti itu,markah setiap kumpulan telah diambil.Kemudian,kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti masing-masing.Pada malam itu iaitu selepas makan malam,kami berkumpul di dewan makan dan telah diminta melakukan persembahan masing-masing.Terdapat kumpulan yang melakukan nyanyian,permainan dan sketsa pendek.Guru-guru pengiring turut tidak melepaskan peluang untuk mempersembahkan persembahan mereka.Selepas malam yang meriah itu,kami telah dibenarkan untuk masuk tidur.

Pada 17 Jun,kami telah melakukan aktiviti mengkaji air secara berkumpulan di sungai yang terdapat dihadapan tapak perkhemahan kami.Kami telah mempelajari kemahiran untuk mengkaji air sama ada air tersebut selamat untuk diminum atau tidak.Selepas itu,kami melakukan aktiviti mengenal pasti jenis-jenis dan kesan-kesan pencemaran serta aktiviti tentang kepentingan tumbuhan sebagai pusat tadahan air.Melalui aktiviti itu,kami dapat mempelajari kemahiran baru selain berseronok dengan aktiviti-aktiviti tersebut.Selepas itu,kami dibenarkan untuk berehat dan mengemaskan barang masing-masing.Pada pukul 12 tengahari,kami berkumpul di dewan makan untuk menghadiri majlis penutup.Majlis itu telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil Persatuan Pencinta Alam Johor.Sesudah ucapan beliau,majlis penyampaian hadiah kepada 3 kumpulan terbaik telah diadakan.Selepas itu,kami makan tengahari dan bergambar bersama sebagai kenangan.Kemudian,kami berangkat untuk keluar dari hutan tersebut menaiki kereta berpacuan 4 roda.Perjalanan dari Johor ke Negeri Sembilan telah mengambil masa 4 jam.Pada pukul 5 petang,kami selamat sampai.

Walaupun perkhemahan ini amat memenatkan namun kami dapat mempelajari banyak ilmu tentang alam semula jadi serta dapat mengenali rakan-rakan baru dari pelbagai sekolah.Kami berharap kami akan mendapat peluang untuk menyertai perkhemahan seperti ini lagi.

Friday, September 4, 2009

PENGENALAN


Logo Kelab Pencinta Alam
Kelab Pencinta Alam (KPA) ialah kelab yang ditubuhkan bagi melahirkan generasi muda yang menghargai dan menyedari tentang kepentingan alam sekitar terhadap persekitaran hidupan dimuka bumi ini.
OBJEKTIF

Objektif Kelab Pencinta Alam ini ialah:

  • Keseimbangan antara perkembangan mental(akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.
  • Pengukuhan interaksi di kalangan pelajar di sekolah.
  • Menyemai perasaan cintakan alam semula jadi.
  • Peningkatan minat dan kemahiran pelajar dalam menjaga alam sekitar.
  • Pengisian masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah,memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
  • Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif,selaras dengan hasrat Rukun Negara.

KEAHLIAN KELAB

Keahlian kelab ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.

YURAN
Setiap ahli dikehendaki membayar RM5 setahun.

PERJUMPAAN/MESYUARAT AGUNG

  • Mesyuarat agung KPA diadakan pada bulan pertama setiap sesi persekolahan iaitu dalam Semester 1 untuk pendaftaran ahli,pemilihan dan pembentukan organisasi KPA serta perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.
  • Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian ko-kurikulum setiap kali perjumpaan KPA.
  • Kehadiran pelajar akan dicatatkan pada setiap kali perjumpaan KPA.
  • Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan KPA 3 kali dalam satu semester tanpa sebab akan terbatal keahliannya.
  • Guru pemimpin dan pelajar akan memastikan bilik perjumpaan KPA dikemaskan sebelum bersurai.

PENDAFTARAN KPA

  • KPA didafatrkan dengan Pengetua SMK Puteri dengan syarat pendaftaran ini boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu.Pihak sekolah juga berhak untuk menambah,meminda atau memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.
  • Kelab Pencinta Alam telah didaftarkan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia pada setiap tahun.

GURU PENASIHAT


  • En. Jaafar B Abdullah.
  • Puan Salmah Bt Mohd Nor.
  • Puan Mastura Bt Abdullah.

CARTA ORGANISASI KPA 09/10

Ketua Guru Penasihat:Puan Salmah Mohd Nor.

Guru Penasihat:Puan Mastura Abdullah.
:Encik Jaafar Abdullah.

Pengerusi:Nur Fasyareena Sharuddin.

Naib Pengerusi:Nadzirah bt Azawawi.

Setiausaha:Nurfazila Hanim bt Kasim.

Naib Setiausaha:Raja Nor Ashikin Raja Rahaizat.

Bendahari:Nurul Atiqah bt Yacob.

Naib Bendahari:Muzni Fareen Eflia.

AJK Tingkatan 5:Nur Fatin Syahirah bt Mohd Amin.

4:Syahirah bt Abd Hamid.

3:Siti Nor Atiqah Mohd Nor.

2:Chew Hui Linn.

1:Nur Farah Haziqah