THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Perkhemahan "Raptor Watch"(12-14 Mac 2010)

Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan(15-17 Jun)

Aktiviti Pengkomposan(11 Ogos)

Saturday, September 5, 2009

LAPORAN AKIVITI KPA(2009)

Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan di Hutan Simpan Endau Rompin(15-17 Jun 09)

Pada 15 hingga 17 jun 2009,Kelab Pencinta Alam(KPA) Sek. Men. Keb. Puteri telah menghantar 4 ahli KPA dan seorang guru pengiring untuk menyertai Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan di Hutan Simpan Endau-Rompin anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia.Para pelajar yang mengikuti perkhemahan tersebut ialah Nurfazila Hanim Kasim,Nurul Atiqah Yacob,Nur Huda dan Nur Fasyareena Sharuddin.Kami telah diiringi oleh Encik Jaafar Bin Abdullah.Perkhemahan itu telah diikuti oleh wakil-wakil dari Negeri Sembilan,Johor dan Melaka.

Pada 15 Jun,kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 12.30 tengahari.Kami telah sampai disana pada kira-kira pukul 3.30 petang.Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki kereta berpacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang pengiring kami kerana untuk masuk ke hutan,kami harus melalui jalan yang sempit dan lasak.Sesudah kami sampai di tempat perkhemahan,kami telah mendaftarkan diri kami dan kami telah mendirikan khemah kami ditapak perkhemahan masing-masing.Kemudian,kami diminta berkumpul bersama wakil-wakil dari negeri lain untuk mendengar taklimat daripada ketua pengiring perkhemahan tersebut dan kami juga telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kemudian, kami diminta bersurai.Pada malam itu,selepas makan malam,kami diminta untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan menjawab kuiz berkaitan alam semula jadi bersama-sama.Setelah itu,kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti pada malam itu dimana kami akan memasuki hutan dalam setiap kumpulan.Sepanjang aktiviti itu,kami telah dapat mempelajari tentang jenis-jenis haiwan dan tumbuhan yang terdapat pada waktu malam.Pada pukul 11.45, kami telah selesai melakukan aktiviti tersebut dan kami dibenarkan untuk masuk tidur atau solat Ishak.

Keesokan harinya iaitu pada 16 Jun,kami telah bersenam dengan iringan muzik dalam kumpulan masing-masing.Selepas itu,kami bersarapan dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu 'jungle-trekking'.Kemudian,kami telah masuk ke hutan.Perjalan untuk sampai ke air terjun didalam hutan itu mengambil masa kira-kira 2 jam lebih.Kami telah berehat di situ sambil menikmati permandangan yang indah.Setelah itu,kami memulakn perjalan kami untuk balik ke tapak perkhemahan.Walaupun perjalanan tersebut amat lasak dan memenatkan,kami telah dapat lebih mengenali spesies-spesies tumbuhan dan haiwan serta memupuk nilai kerjasama antara ahli kumpulan.Sampai sahaja di tapak perkhemahan,kami telah dibenarkan berehat dan membersihkan diri.Selepas itu,kami diminta untuk berkumpul dan kami telah dikehendaki untuk membuat persembahan berkumpulan pada malam itu.Pada petang itu,kami telah berlatih melakukan persembahan kami mengikut kumpulan masing-masing.Kemudian,kami telah diminta berkumpul bagi menjalani aktiviti yang berikutnya iaitu aktiviti menyumpit.Melalui aktiviti itu,markah setiap kumpulan telah diambil.Kemudian,kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti masing-masing.Pada malam itu iaitu selepas makan malam,kami berkumpul di dewan makan dan telah diminta melakukan persembahan masing-masing.Terdapat kumpulan yang melakukan nyanyian,permainan dan sketsa pendek.Guru-guru pengiring turut tidak melepaskan peluang untuk mempersembahkan persembahan mereka.Selepas malam yang meriah itu,kami telah dibenarkan untuk masuk tidur.

Pada 17 Jun,kami telah melakukan aktiviti mengkaji air secara berkumpulan di sungai yang terdapat dihadapan tapak perkhemahan kami.Kami telah mempelajari kemahiran untuk mengkaji air sama ada air tersebut selamat untuk diminum atau tidak.Selepas itu,kami melakukan aktiviti mengenal pasti jenis-jenis dan kesan-kesan pencemaran serta aktiviti tentang kepentingan tumbuhan sebagai pusat tadahan air.Melalui aktiviti itu,kami dapat mempelajari kemahiran baru selain berseronok dengan aktiviti-aktiviti tersebut.Selepas itu,kami dibenarkan untuk berehat dan mengemaskan barang masing-masing.Pada pukul 12 tengahari,kami berkumpul di dewan makan untuk menghadiri majlis penutup.Majlis itu telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil Persatuan Pencinta Alam Johor.Sesudah ucapan beliau,majlis penyampaian hadiah kepada 3 kumpulan terbaik telah diadakan.Selepas itu,kami makan tengahari dan bergambar bersama sebagai kenangan.Kemudian,kami berangkat untuk keluar dari hutan tersebut menaiki kereta berpacuan 4 roda.Perjalanan dari Johor ke Negeri Sembilan telah mengambil masa 4 jam.Pada pukul 5 petang,kami selamat sampai.

Walaupun perkhemahan ini amat memenatkan namun kami dapat mempelajari banyak ilmu tentang alam semula jadi serta dapat mengenali rakan-rakan baru dari pelbagai sekolah.Kami berharap kami akan mendapat peluang untuk menyertai perkhemahan seperti ini lagi.

0 comments: