THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Perkhemahan "Raptor Watch"(12-14 Mac 2010)

Perkhemahan KPA Peringkat Zon Selatan(15-17 Jun)

Aktiviti Pengkomposan(11 Ogos)

Friday, May 7, 2010

PERKHEMAHAN " RAPTOR WATCH " DI TANJUNG TUAN (12-14 Mac 2010)

Pada 12 hingga 14 Mac,Kelab Pencinta Alam (KPA) SMK Puteri telah menghantar 3 orang wakil pelajar untuk menyertai Perkhemahn "Raptor Watch" di Tanjung Tuan,Port Dickson.Mereka ialah Nura Ameerah bt Azman dan Aqilah Najihah bt Zahari.
Semasa kami sampai di tapak perkhemahan,hari sudah pun petang.Kami terus mendaftar nama kami sebagai peserta.Kemudian,fasilitator-fasilitator di sana telah memberi penerangan ringkas tentang spesies-spesies burung yang akan kami kaji.Seterusnya,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Selesai pembahagian kumpulan,kami telah makan malam.Pada malam itu,kami telah diterangkan tentang jenis -jenis planet dan galaksi sambil menikmati pemandangan pada waktu malam.
Pada keesokan harinya,kami telah mengadakan tarian poco-poco.Selepas itu,kami telah menikmati sarapan pagi.Kemudian kami telah mengadakan kerja berkumpulan.Kemudian kami telah pergi ke resort berhampiran bagi mengadakan jungle trekking.Kami telah diperkenalkan kepada beberapa jenis pokok di sana.Kemudian,kami telah mengadakan pertandingan berkumpulan.Setelah itu,kami pergi menikmati makan tengahari.Pada petang itu,kami telah mengadakan aktiviti yang ditunggu-tunggu.Kami telah ke persisiran pantai dan mengadakn pemerhatian penghijrahan burung.Pada malam itu,setelah selesai makan malam,kami telah mengadakan malam kebudayaan.Banyak persembahan yang menarik telah dipersembahkan oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing.
Pada hari yang terakhir,kami telah berkumpul bagi mengadakan majlis penutup.Penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik telah diadakan.Penyampaian sijil kepada para peserta turut diadakan.Selesai majlis itu,kami telah mengambil gambar sebagai kenangan.Pada petang itu,semua para peserta pulang ke sekolah masing-masing.

0 comments: